Loading...

Thursday, 8 March 2012

PENDEKATAN DAN TEORI SENI


PENDEKATAN DAN TEORI SENI


HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir unit ini, anda diharap dapat
1.       Menjelaskan maksud am seni kanak-kanak.
2.       Mengenal pasti teori-teori seni klasik.
3.       Mengenal pasti teori-teori seni kontemporari.
4.       Mengaplikasi pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak.




S
 
PENGENALAN


eni untuk kanak-kanak terbahagi kepada seni visual dan seni persembahan adalah peniruan hidup harian mereka.  Kanak-kanak  meluahkan  perasaan  masing-masing  menerusi  hasil  karya  seni
 
 



mereka. Seni untuk kanak-kanak dapat meningkatkan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak serta menimbulkan rasa kecantikan yang berkaitan dengan estetika dalam seni. Dalam unit ini, kita akan berbincang mengenai teori-teori seni klasik dan kontemporari serta mengaplikasi teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak.


ISI KANDUNGAN
 


meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam alam. Teori kontemporari mula membentuk identiti, stail dan teknik tersendiri. Teori seni kontemporari yang dibincangkan meliputi Teori Erwin Panofsky dan Teori Susanne K. Langer. Pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak meliputi pendekatan konstruktivis, teori sosial-interaksi Piaget dan teori Gestalt yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran seni kanak-kanak.

S
 
Seni


eni membawa maksud sesuatu yang halus. Seni terbahagi kepada seni visual dan seni persembahan. Seni visual untuk kanak-kanak meliputi aktiviti melukis dan mewarna kanak-kanak,  aktiviti  kraf  yang
 
 


mengaplikasikan teknik menggambar, teknik mereka corak dan rekaan serta teknik bentuk binaan. Seni persembahan untuk kanak-kanak pula meliputi aktiviti muzik, pantun, sajak, drama, tarian dan pergerakan kreatif. 

eori seni klasik Plato, Aristotle dan Socrates menekankan kesejagatan, keabadian dan kebenaran. Kesejagatan merupakan  nilai  rentas  budaya  tanpa  mengira  ras,  ruang  dan  waktu  serta  nilai
 
T
 
Teori seni klasik


kehidupan sesebuah masyarakat. Keabadian merupakan konsep kehidupan yang berkekalan daripada segi fizikal dan juga nilai, sikap dan kerohanian. Kebenaran pula dikaitkan dengan kemanusiaan dan kerohanian yang berkaitan dengan keadilan, tata susila dan kebijaksanaan.
Plato memperkenalkan teori peniruan dan berpendapat bahawa seni harus berasaskan kepada idea yang bercirikan idealistik. Beliau meyatakan bahawa kecantikan hanya sementara. Aristotle menolak teori ini dengan alasan kecantikan ialah sifat fizikal yang boleh ditanggap oleh fizikal manusia. Plato menenkan isi manakala Aristole menekan bentuk dan waktu. Socrates pula memperkenalkan teori penciptaan seninya yang berkonsepkan keseluruhan dan kesatuan. Beliau menyatakan bahawa sesuatu hasil seni harus tergubah dalam hubungan yang sesuai antara satu sama lain dalam suatu keseluruhan dan kesatuan di samping mempunyai ciri-ciri kesempurnaan dan keseimbangan, kecantikan dan kesempurnaan. 

Catatkan perkara-perkara penting pandangan Plato, Aristotle dan Socrates terhadap seni.







Text Box: Plato

...……………………………………………………………………..…………………………………..…………………………………..
Text Box: Aristotle

...……………………………………………………………………..…………………………………..…………………………………..
Text Box: Socrates

...………………………………………………………………..…………………………………..…………………………………..……

 








eori kosmologi berkaitan dengan alam semester. Kosmologi melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta  kedudukan  manusia  dalam  ruang  tersebut.
 
T
 
Teori kosmologi


Hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni. Contohnya ukiran patung yang dihasilkan oleh orang asli kaum Jah Hut melambangkan semangat mereka terhadap kosmologi kepercayaan animisme.  Karya seni ukiran patung ini dikaitkan dengan unsur bumi, tanah, angin dan lautan. Patung yang diukir mempunyai pelbagai corak dan fungsi dipercayai mempunyai imej jelmaan nenek moyang mereka.


 Catatkan perkara-perkara penting bagi teori kosmologi. 
Teori kosmologi
...……………………………………………………………………..…………………………………..…………………………………..…………………………………..…………………………………..………………………………….………………………………………
 
 







Fikirkan contoh karya seni yang berkaitan dengan alam semester. 
Text Box: Karya seni yang berkaitan dengan
alam semester

1.  ………………………

2.  ……………………….

3.  .……………………… 








T
 
Teori seni kontemporari


Seni kontemporari mula membentuk identiti, stail dan teknik tersendiri. Teori seni kontemporari yang dibincangkan meliputi Teori Erwin Panofsky dan Teori Susanne K. Langer.

 
 




Teori Erwin Panofsky
 


makna dalam karya seni, iaitu (i) objek yang natural atau primary, (ii) objek yang biasa atau sekunder dan (iii) makna intrinsik atau isi. Jadual 2.1 menerangkan Teori Erwin Panofsky.

Jadual 2.1 Teori Erwin Panofsky
Objek dan makna
Penerangan
Objek yang natural atau primari
Objek natural meliputi manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan objek persekitaran lain. Makna yang disampaikan berhubung dengan objek diperolehi daripada peristiwa. Makna juga diperolehi daripada ekspresi perasaan. Alam berbentuk demikian dipanggil objek primari.
Objek yang biasa atau sekunder
Erwin Panofsky menggambarkan arca (objek) perempuan memegang buah peach yang melambangkan personaliti ‘kejujuran’. Karya di atas menunjukkan peristiwa dan makna. Persoalan objek digambarkan dengan peristiwa dan mencantumkan persoalan komposisi.
Makna intrinsik atau isi
Makna menentukan sikap, pendirian dan falsafah. Kesemuanya dinyatakan melalui personaliti seseorang melalui karya seni.

Text Box: Makna intrinsik
...……………………………………………………………………..…………………………………..…………………………………..…………………………………..…………………………………..………………………………….……………………………………… Catatkan makna intrinsik dalam Teori Erwin Panofsky.

Teori Susanne K. Langer
 


dalam falsafah seni. Dalam seni visual bentuk merujuk kepada kejelasan, struktur dan kesatuan manakal dalam muzik bentuk merujuk kepada simfoni. Beliau menyarankan pengkarya seni perlu mengaplikasi teknik yang pelbagai dalam karya masing-masing. Beliau berpegang kepada tujuh konsep dalam karya seni iaitu bentuk, abstrak, ekspresi, perasaan, lambang, ilusi dan imej. Konsep bentuk, lambang, abstrak, ekspresi, perasaan berkaitan dengan takrif seni manakala konsep ilusi dan imej lebih kepada fungsi dalam sesebuah karya. 

Isikan konsep yang tertinggal dalam Teori Susanne K. Langer.



 



Aplikasi teori pembelajaran dalam pendidikan seni
 



panduan strategi pengajaran yang menggalakkan pengajaran yang terancang dan berkesan. Apabila guru pendidikan seni memahami teori seni dan teori pembelajaran kanak-kanak maka ia akan memberi manfaat kepada proses pembelajaran kanak-kanak. Pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak meliputi pendekatan konstruktivis, teori sosial-interaksi Piaget dan teori Gestalt yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran seni kanak-kanak.


P
 
Pendekatan konstruktivis


endekatan konstruktivis membimbing kanak-kanak belajar secara mudah berdasarkan pengalaman mereka. Bruner telah menggariskan tiga prinsip dalam pendekatan ini. Pertama, pengajaran perlu
 
 

perlu mengambil kira kesediaan dan pengalaman kanak-kanak serta kemampuan mereka. Kedua, guru mengorganisasi pengajaran mengikut urutan yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Ketiga, pengajaran perlu dirancang dengan mudah untuk membantu kanak-kanak mendapat ilmu.
            Pendekatan ini boleh diaplikasikan dengan menggunakan empat cara untuk mendidik kanak-kanak. Pertama, menekankan kelainan dengan melatih kanak-kanak membezakan maklumat yang diterima. Kedua, menyusun maklumat supaya lebih mudah diterima oleh kanak-kanak. Ketiga, menyampaikan maklumat secara berkesan dalam pengajaran. Keempat, memberi pujian atau ganjaran dan nasihat atau galakkan kepada kanak-kanak berjaya atau gagal melakukan sesuatu. 

Fikirkan empat cara untuk menyampaikan pengajaran seni lukis kanak-kanak berdasarkan pendekatan konstruktivis.
1.

2.

3.

4.

T
 
Teori sosial-interaksi Piaget


eori ini berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Piaget, pengetahuan kanak-kanak perlu dibina melalui pengalaman. Semasa pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan yang
 
 


diterima oleh mereka masih tidak mencukupi, mereka perlu dibimbing untuk membina pengetahuan secara aktif melalui pengalaman masing-masing. Kanak-kanak juga mendapat pengetahuan dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan-rakan dan gurunya.
            Piaget menyatakan terdapat dua proses yang digunakan oleh kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran, iaitu proses asimilasi dan akomodasi. Kedua-dua proses ini menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Perubahan penyelesaian kepada ketegangan ini akan menggalakkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
            Hipotesis yang dikemukakan oleh Piaget menyatakan bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi berfungsi dalam membantu bayi menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran baru, refleksi akan bertukar menjadi skema yang tersusun.
            Perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat, iaitu (i) peringkat deria-pergerakkan (0-2 tahun), (ii) peringkat pra-olahan (2 -6 tahun), (iii) peringkat pengolahan konkrit (7-11 tahun) dan (iv) peringkat pengolahan formal (12 tahun ke atas).

(i) Peingkat Deria-Pergerakkan (0-2 Tahun)
Di peringkat ini, bayi dan kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol atau bahasa untuk menamakan objek di persekitaran mereka. Cara mereka berinteraksi dengan persekitaran ialah melalui pancaideria dan gerak-geri masing-masing.


(ii) Peringkat Pra-Olahan (2 – 6 Tahun)
Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat ini. Guru, ibu bapa atau pengasuh  perlu selalu menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi untuk meningkatkan daya ciptaan mereka. Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk panggilan objek di persekitaran mereka.

(iii) Peringkat Pengolahan Konkrit (7-11 Tahun)
Di peringkat ini, kemahiran bahasa dan berkomunikasi kanak-kanak sangat tinggi. Mereka selalu ingin bercakap untuk menarik perhatian guru dan ibu bapa. Namun terdapat juga kanak-kanak pasif yang mendiamkan diri. Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep nombor membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunan angka, pengklasifikasian serta kemampuan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif.

(iv) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun Ke Atas)
Di peringkat ini, perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental. Mereka mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental. Kanak-kanak di peringkat ini telah mula memahami konsep abstrak dan mula membentuk identiti diri. Walau bagaimanapun kekurangan pengalaman menghadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu.

 Minta kanak-kanak menulis atau melukis 3 perkara, iaitu 1 perkara baik, 1 perkara buruk dan 1 perkara menarik. Selepas selesai melakukan aktiviti tersebut, minta kanak-kanak menyatakan pendapat dan perasaan masing-masing berdasarkan jawapan yang diberi. Guru diingatkan supaya jangan menilai jawapan tersebut dengan menggunakan jawapan yang betul atau salah.

Objektif             : Melatih kanak-kanak berfikir dengan pandangan yang luas dan belajar dari pengalaman.
Masa                : 15 minit
Saiz kumpulan   : secara indidvidu
Baik
Buruk
Menarik






T
 
Teori Gestalt


eori gestalt  memberi  tumpuan  kepada kognitif seseorang individu untuk  mengenal  pasti  otak seseorang individu bertindak  pada  persepsi  yang diterima menerusi deria penglihatan. Teori ini
 
 



menyatakan seseorang individu akan sentiasa membuat persepsi daripada pengalaman di mana persepsi ini adalah yang diambil secara keseluruhan dan bukannya sebahagian. Sepanjang proses pembelajaran seni kanak-kanak, proses menghasilkan karya seni itu lebih penting berbanding dengan produk akhir. Setiap rangsangan yang diberikan kepada kanak-kanak mungkin diterima secara berbeza-beza terutama sesuatu pengalaman itu adalah baru bagi mereka.
Enam hukum dalam teori gestalt meliputi pragnanz, persamaan, keintiman, lengkap, kesinambungan positif dan ciri-ciri bahagian. Jadual 2.2 menerangkan Teori Gestalt
Jadual 2.2 Teori Gestalt
Hukum
Penerangan hukum
Pragnanz
Hukum pragnanz menjelaskan apabila seseorang individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi inidividu tersebut menjadi tidak teratur.
Persamaan
Hukum persamaan menyatakan seseorang individu lebih cenderung untuk mengkategorikan rangsangan yang mempunyai persamaan di di kategori yang sama.
Keintiman
Hukum keintiman menerangkan pengkategori setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsangan-rangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di kategori yang sama.
Lengkap
Hukum lengkap menyatakan bahawa seseorang individu lebih cenderung untuk meletakkan rangsangan yang lengkap di kategori yang sama.
Kesinambungan positif
Hukum kesinambungan positif menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan adalah kekal dan tidak akan berubah.
Ciri-ciri bahagian
Hukum ciri-ciri bahagian menyatakan seseorang individu akan menilai sesuatu objek secara menyeluruh.
           
            Teori Gestalt mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan selalu diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Di dalam konteks pembelajaran seni kanak-kanak, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk karya seni tetapi menekankan proses penghasilan produk karya seni.

 Pilih cerita yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak dan ceritakan kepada kanak-kanak.
Text Box: Objektif  : Melatih kanak-kanak supaya mahir menerangkan sesuatu menggunakan 
    pelbagai persepsi.
Masa  : 10 -15 minit 
Bahan  : Buku cerita Kisah Arnab dengan Kura-Kura.
Kaedah  : Ceritakan kisah tersebut kepada kanak-kanak. 
                 Kemudian bersoal jawab dengan kanak-kanak.
Soalan:
1. Jika anda sebagai watak arnab, apa perasaan kamu?
2. Jika anda sebagai kura-kura, apakah dialog yang anda akan katakan kepada arnab? 








\

forum.jpgNyatakan bagaimana anda mengajar aktiviti melukis dalam bilik darjah anda.

RINGKASAN
  1. Seni membawa maksud halus terbahagi kepada seni visual dan seni persembahan.
  2. Seni visual untuk kanak-kanak meliputi aktiviti melukis dan mewarna kanak-kanak, aktiviti kraf yang mengaplikasikan teknik menggambar, teknik mereka corak dan rekaan serta teknik bentuk binaan.
  3. Seni persembahan untuk kanak-kanak pula meliputi aktiviti muzik, pantun, sajak, drama, tarian dan pergerakan kreatif. 
  4. Teori seni klasik Plato, Aristotle dan Socrates menekankan kesejagatan, keabadian dan kebenaran dalam kehidupan.
  5. Plato memperkenalkan teori peniruan dan berpendapat bahawa seni harus berasaskan kepada   idea yang bercirikan idealistik. Beliau meyatakan bahawa kecantikan hanya sementara.
  6. Aristotle menolak teori ini dengan alasan kecantikan ialah sifat fizikal yang boleh ditanggap oleh fizikal manusia.
  7. Socrates pula memperkenalkan teori penciptaan seni yang berkonsepkan keseluruhan dan kesatuan.
  8. Teori kosmologi berkaitan dengan alam semester yang melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut.
  9. Hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni.
  10. Seni kontemporari mula membentuk identiti, stail dan teknik tersendiri.
  11. Teori seni kontemporari Erwin Panofsky menekankan tentang objek dan makna melalui pernyataan ikonografi. Ikonografi merupakan persoalan yang memperkatakan tentang objek dan makna.
  12. Terdapat tiga objek dan makna dalam karya seni (i) Objek yang natural atau primari (ii) Objek  yang biasa atau sekunder dan (iii) Makna intrinsik atau isi.
  13. Teori seni kontemporari Susanne K. Langer memperkenalkan tujuh konsep seni yang meliputi bentuk, abstrak, ekspresi, perasaan, lambang, ilusi dan imej.
  14. Bruner memperkenalkan tiga prinsip dalam pendekatan konstruktivis. Pertama, pengajaran perlu berdasarkan kesediaan dan pengalaman kanak-kanak serta mengikut konteks kesanggupan kanak-kanak untuk belajar. Kedua, mengorganisasi pengajaran supaya mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh kanak-kanak dengan mudah. Ketiga, pengajaran perlu melangkaui maklumat yang dibekalkan oleh guru dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu.
  15. Empat aspek perkembangan kognitif dalam teori sosial-interaksi Piaget meliputi pergerakkan, olahan, konkrit dan formal.
  16. Enam hukum dalam teori gestalt meliputi pragnanz, persamaan, keintiman, lengkap, kesinambungan positif dan ciri-ciri bahagian.

PETA KONSEP


KATA KUNCI
1. Teori Klasik                           11. Pergerakkan                       
2. Teori Kosmologi                     12. Olahan
3. Teori Kontemporari                 13. Konkrit
4. Plato                                      14. Formal
5. Aristotle                                15. Teori Gestalt                                                           
6. Socrates                               16. Pragnanz
7. Erwin Panosky                      17. Persamaan
8. Susanne K. Langer                 18. Keintiman
9. Pendekatan konstruktivis        19. Lengkap
10. Teori Sosial-interaksi Piaget  20. Kesinambungan positif
                                        21.Ciri-ciri bahagian

PENILAIAN KENDIRI
1.       Apakah maksud seni kanak-kanak?
2.       Bezakan pandangan Plato, Aristotle dan Socrates dalam Teori Klasik.
3.       Apakah kaitan Teori Kosmologi dengan alam semester?
4.       Apakah yang ditekankan oleh Erwin Panofsky dalam Teori Kontemporari?
5.       Senaraikan tujuh konsep dalam Teori Susanne K. Langer.
6.       Nyatakan tiga prinsip Bruner dalam Pendekatan konstruktivis.
7.       Huraikan empat aspek perkembangan kognitif dalam teori sosial-interaksi Piaget.
8.       Senaraikan enam hukum dalam Teori Gestalt.

RUJUKAN
Bate, J.K. (2000). Becoming an Art Teacher. United Kingdom:  Wadsworth Thomson Learning.
Eva. L. Essa.  (2003).  Introduction to Early Childhood Education.  Canada: Delmar Learning.
Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson Delmar Learning.
Mohd. Azhar Abd. Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Schirrmacher, R. & Fox, J.E. (2009). Art and Creative Development for Young Children. 6th Edition. New York: Thomson Delmar Learning.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS
  1. Maksud seni kanak-kanak.
-    Seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.
  1. Pandangan Plato, Aristotle dan Socrates dalam Teori Klasik.
-     Plato memperkenalkan teori peniruan dan berpendapat bahawa seni harus berasaskan kepada   idea yang bercirikan idealistik. Beliau meyatakan bahawa kecantikan hanya sementara.
-     Aristotle menolak teori ini dengan alasan kecantikan ialah sifat fizikal yang boleh ditanggap oleh fizikal manusia.
-     Socrates pula memperkenalkan teori penciptaan seninya yang berkonsepkan keseluruhan dan kesatuan. Beliau menyatakan bahawa sesuatu hasil seni harus tergubah dalam hubungan yang sesuai antara satu sama lain dalam suatu keseluruhan dan kesatuan di samping mempunyai ciri-ciri kesempurnaan dan keseimbangan, kecantikan dan kesempurnaan. 

  1. Kaitan Teori Kosmologi dengan alam semester.
-     Teori kosmologi berkaitan dengan alam semester. Kosmologi melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut.
-     Hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni.

  1. Perkara yang ditekan oleh Erwin Panofsky dalam Teori Kontemporari.
-     Erwin Panofsky menekankan tentang objek dan makna melalui pernyataan ikonografi. Ikonografi merupakan persoalan yang memperkatakan tentang objek dan makna.
-    Terdapat tiga objek dan makna dalam karya seni (i) Objek yang natural atau primari (ii) Objek  yang biasa atau sekunder dan (iii) Makna intrinsik atau isi.

  1. Tujuh konsep dalam Teori Susanne K. Langer.
-          Tujuh konsep dalam karya seni iaitu bentuk, abstrak, ekspresi, perasaan, lambang, ilusi dan imej.

  1. Tiga prinsip Bruner dalam pendekatan konstruktivis.
-          Pertama, pengajaran perlu berdasarkan kesediaan dan pengalaman kanak-kanak serta mengikut konteks kesanggupan kanak-kanak untuk belajar.
-          Kedua, mengorganisasi pengajaran supaya mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh kanak-kanak dengan mudah.
-          Ketiga, pengajaran perlu melangkaui maklumat yang dibekalkan oleh guru dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu.

  1. Empat aspek perkembangan kognitif dalam teori sosial-interaksi Piaget.
-          Empat aspek perkembangan kognitif meliputi pergerakkan, olahan, konkrit dan formal.

  1. Enam hukum dalam Teori Gestalt.
-          Enam hukum dalam teori gestalt meliputi pragnanz, persamaan, keintiman, lengkap, kesinambungan positif dan ciri-ciri bahagian.




No comments:

Post a Comment