Thursday 8 March 2012

TOKOH-TOKOH SENI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK


Hasil pembelajaran

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1.       Mengenal tokoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak.
2.       Membezakan pandangan tokoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak.


D
 
PENGENALAN


alam unit ini,  kita akan berbincang mengenai tokoh-tokoh seni dan  kreativiti  kanak-kanak  seperti Torrance, Taylor, Lowenfeld, McFee dan Rogers. Selain itu, kita juga akan membuat perbandingan
 
 


terhadap pandangan tokoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak.

ISI KANDUNGAN
T
 
Tokoh-Tokoh Seni dan Kreativiti Kanak-kanak


okoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak seperti Torrance, Taylor, Lowenfeld, McFee dan Rogers mempunyai  pandangan  tersendiri  untuk  mengenal pasti perkembangan  seni dan kreativiti kanak-
 
 


kanak. Mereka telah berusaha untuk membangunkan kreativiti kanak-kanak dan memberi impak yang positif kepada masa depan kanak-kanak.    

E. Paul Torrance
 





mencadangkan bahawa perlu ada satu kaedah penanda aras yang digunakan untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti seseorang kanak-kanak. Oleh yang demikian, Torrance telah mencipta satu kaedah penanda aras untuk mengukur tahap kreativiti seseorang kanak-kanak. Beliau menggunakan Torrence Test of Creative Thinking untuk menguji tahap kreativiti seseorang kanak-kanak. Berikut adalah contoh ujian kreativiti yang dimaksudkan.


Berdasarkan sembilan bulatan di bawah, mereka cipta sembilan objek yang berbeza mengikut kreativiti masing-masing.



 















Penanda aras:
Skor 1-3: Tahap rendah
Skor 4-6: Tahap sederhana
Skor 7-9: Tahap tinggi

 Berdasarkan imaginasi dan kreativiti anda, ceritakan mengenai simbol yang ditunjukkan ini.


 













_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Calvin W. Taylor
 





Taylor mencadangkan bahawa bakat kanak-kanak yang pelbagai perlu dikesan dan diasuh supaya melahirkan kanak-kanak yang kreatif dan inovatif. Mengikut Taylor, terdapat sembilan jenis bidang yang perlu dikenalpasti untuk membentuk kanak-kanak yang kreatif dan inovatif. Bidang-bidang ini merangkumi pemikiran kreatif dan bernas untuk mendapat sesuatu idea, melaksanakan idea, kemahiran merancang, kemahiran meramal, membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran sosial, peluang yang menyerlah dan pencapaian akademik yang baik.  

Guru perlu mengesan kekuatan kanak-kanak dalam bidang seni dan seterusnya mencari kaedah alternatif yang sesuai untuk membangunkan kreativiti kanak-kanak dan memberi impak yang positif kepada mereka. Berdasarkan situasi di bawah, cadangkan cara-cara positif yang boleh digunakan untuk membangunkan kreativiti kanak-kanak supaya dapat memberi impak yang positif kepada mereka.


 Memberi cadangan guru yang dapat memberi impak kepada kanak-kanak berdasarkan situasi yang diberi.






Situasi 1:
Kanak-kanak A selalu menggunakan pensel atau pensel warna untuk menconteng di dinding bilik darjah.
 

Cadangan guru yang dapat memberi impak kepada kanak-kanak.
1._________________________________________
   _________________________________________
2._________________________________________
   _________________________________________
3._________________________________________
   _________________________________________
 

 




















Situasi 2:
Kanak-kanak B yang  selalu membuka dan memeriksa bahagian-bahagian alat permainan dan kemudiannya mencantum semula bahagian-bahagian yang dibuka.

 

Cadangan guru yang memberi impak kepada kanak-kanak.
1.________________________________________
   ________________________________________
2.________________________________________
   ________________________________________
3.________________________________________
   ________________________________________

 
 











Victor Lowenfeld
 




berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Keinginan merupakan kebolehan kanak-kanak mengaplikasikan bahan seni dengan cara membuat eksperimen dan menerokai sesuatu dalam proses aktiviti seni.

Sepanjang proses aktiviti seni, kanak-kanak akan mengalami dan menyedari masalah yang dihadapi, menyampaikan idea dan mengalami proses yang melibatkan imaginasi dan kreativiti. Semasa melaksanakan aktiviti seni, kanak-kanak akan menghadapi halangan dari dua aspek iaitu daripada segi psikologi serta persekitaran dan budaya. Guru harus bertindak dan membantu kanak-kanak menghadapi halangan-halangan wujud.

Berdasarkan situasi di bawah, apakah tindakan anda untuk membantu kanak-kanak menghadapi halangan?



Situasi halangan psikologi
Semasa menjalankan aktiviti tiupan warna, Kanak-kanak A bertanya kepada Cikgu X.

Kanak-kanak A: Cikgu, kenapa warna yang saya tiup daripada straw bertaburan?
Cikgu X            : Cikgu malas nak jawaplah. Cepat siap kerja kamu.

Merujuk situasi di atas, Kanak-kanak A tidak memperolehi jawapan daripada pertanyaan yang diajukan dan wujud kemusykilan dalam dirinya. Cikgu X pula bosan terhadap soalan yang diutarakan oleh Kanak-kanak A.  Apakah tindakan anda untuk menyelesaikan situasi di atas?

 
 


   













Tindakan anda sebagai Cikgu X.
……………………………………………………………………………..……………………………….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….....................................................................................................................................................................

 
 










Berdasarkan situasi di bawah, apakah tindakan anda untuk membantu kanak-kanak menghadapi halangan?







Situasi halangan persekitaran
Semasa menjalankan aktiviti cetakan daun, Kanak-kanak B bertanya kepada Cikgu Y.

Kanak-kanak B:Cikgu, bolehkah saya keluar dan petik daun di tepi jalan untuk membuat  cetakan?
Cikgu Y            : Jangan keluar! Bahaya. Guna je daun yang cikgu bawa.

Merujuk situasi di atas, Kanak-kanak B tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah kerana Cikgu Y membimbang keselamatannya. Kanak-kanak B hanya dibenarkan menggunakan daun yang dibawa oleh cikgu. Apakah tindakan anda untuk menyelesaikan situasi di atas?

 


Tindakan anda sebagai Cikgu Y.
……………………………………………………………………………..……………………………….……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

 
 





























Berdasarkan situasi di bawah, apakah tindakan anda untuk membantu kanak-kanak menghadapi halangan?






Situasi halangan budaya
Semasa aktiviti mewarna, Kanak-kanak C bertanya kepada Cikgu Z.

Kanak-kanak C: Cikgu, nak warnakan pakaian ini dengan warna hitam dan putih ?
Cikgu Z            : Tak boleh. Itu warna berkabung. Guna warna lain.

Merujuk situasi di atas, Kanak-kanak C tidak ada pilihan warna. Cikgu Z menghalang dia mengguna warna hitam putih untuk mewarna pakaian. Apakah tindakan anda untuk menyelesaikan situasi di atas?

 


Tindakan anda sebagai Cikgu Z.
……………………………………………………………………………..……………………………….……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

 
 































June King McFee
M
 
 


cFee berpendapat bahawa seni untuk kanak-kanak perlu berbentuk  komunikasi.  Kreativiti  kanak-kanak pula merupakan kemampuan mereka untuk mencipta sesuatu yang  baru.  Semasa  aktiviti seni,
 
 


kreativiti seseorang kanak-kanak boleh dikenal pasti menerusi proses memberi idea, mengolah idea dan seterusnya melahirkan satu idea baru dan bermakna untuk mencipta sesuatu hasil karya seni yang baru. Sumbangan McFee dalam bidang pendidikan seni ialah perjuangan beliau yang menekankan seni seharusnya mengambil kira konteks budaya serta elemen orientasi komuniti. Beliau mengkaji konteks budaya manusia di dalam sesuatu komuniti menjalankan kehidupan harian dan menterjemahnya dalam bentuk seni. Beliau menegaskan bahawa seni tidak seharusnya terhad kepada hasil karya seni sahaja, malah perlu ada pengalaman estetika di dalam semua objek di persekitaran yang dipengaruhi oleh konteks budaya untuk berkomunikasi dan menyampaikan mesej kepada masyarakat.


Berdasarkan situasi di bawah, cadangkan aktiviti seni yang boleh dilaksanakan untuk memberi pengalaman estetika kepada kanak-kanak dengan mengambil kira konteks budaya dan komuniti.


Situasi seni berdasarkan konteks budaya dan komuniti
Seni kraf yang menggunakan bahan seperti mengkuang, buluh, rotan dan kayu adalah hasil daripada kehidupan seharian masyarakat Orang Asli di Malaysia yang diterjemahkan dalam bentuk seni.




 
 

               


1.__________________________________________________________________________
   __________________________________________________________________________
2.__________________________________________________________________________
   __________________________________________________________________________
3.__________________________________________________________________________
   __________________________________________________________________________

 
 















Carl Rogers
 


mereka akan menggunakan kreativiti masing-masing untuk mereka cipta model sebuah kereta berdasarkan imaginasi mereka. Sumbangan Rogers dalam pendidikan seni ialah beliau telah memperkenalkan teori terapi yang menggariskan lima faktor, iaitu (i) keterbukaan kepada pengalaman, (ii) cuba menikmati kehidupan yang dialami, (iii) menghargai diri sendiri, (iv) mengamalkan kebebasan dan (v) individu yang kreatif merupakan individu yang sihat, bebas, bertanggungjawab serta dapat berfungsi sepenuhnya dalam kehidupan.
Beliau percaya bahawa seseorang yang bebas dan bertanggungjawab akan memberi sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni atau melakukan sesuatu yang terbaik dalam bidang yang diceburi. Tindakan yang diambil oleh seseorang yang bebas dan bertanggungjawab pasti mencetuskan keunikan dan kekuatan terhadap individu tersebut seperti penggunaan bahan seni secara kreatif dan memberi sumbangan kepada masyarakat.


 Rogers mengatakan bahawa kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseorang  itu bertindak ke atas sesuatu. Anda diberi tanggungjawab untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dengan mereka cipta, melakar dan melabel ruang rekreasi untuk sebuah pusat jagaan warga tua di kawasan pedalaman. Lakarkan pelan tapak ruang rekreasi dan huraikan kegunaan ruang yang direka.













Kegunaan ruang:
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 
 



forum.jpg
Apa pendapat anda mengenai terapi seni dalam proses pengajaran dan pengajaran kanak-kanak?

Berdasarkan konsep yang diperkenalkan oleh Carl Rogers, jalankan satu kajian tindakan mengenai aktiviti  mencipta model sebuah kereta dalam kalangan kanak-kanak.  Tulis laporan kajian anda.

rumusan

  1. Torrance sebagai bapa kreativiti telah memperkenalkan Torrence Test of Creative Thinking untuk menguji tahap kreativiti seseorang kanak-kanak-kanak. Torrance berpendapat bahawa Ujian IQ bukan satu-satunya cara untuk mengukur intelek kanak-kanak.

  1. Taylor menjelaskan terdapat sembilan jenis bidang yang perlu dikenal pasti untuk membentuk kanak-kanak yang kreatif dan inovatif, iaitu (i) pemikiran kreatif dan bernas untuk mendapat sesuatu idea, (ii) mengimplementasikan idea, (iii) kemahiran merancang, (iv) kemahiran meramal, (v) membuat keputusan, (vi) kemahiran berkomunikasi, (vii) kemahiran sosial, (viii) peluang yang menyerlah dan (ix)pencapaian akademik yang baik.

  1. Lowenfeld berpendapat bahawa naluri dan keinginan sangat penting dalam proses aktiviti seni kanak-kanak. Sepanjang proses aktiviti seni, kanak-kanak akan mengalami dan menyedari masalah yang dihadapi, menyampaikan idea dan mengalami proses yang melibatkan imaginasi dan kreativiti.

  1. McFee berpendapat bahawa seni untuk kanak-kanak perlu berbentuk komunikasi. Beliau menekankan seni seharusnya mengambil kira konteks budaya serta elemen orientasi komuniti.

  1. Rogers telah memperkenalkan teori terapi yang menggariskan lima faktor iaitu (i) keterbukaan kepada pengalaman (ii) cuba menikmati kehidupan yang dialami (iii) menghargai diri sendiri (iv) mengamalkan kebebasan dan (v) menjadi individu yang kreatif untuk melahirkan individu yang sihat, bebas dan bertanggungjawab serta dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Beliau percaya bahawa seseorang yang bebas dan bertangguh jawab akan memberi sumbangan kepada masyarakat.


peta konsep



kata kunci

1. Torrance                                            6. Naluri dan keinginan
2. Torrence Test of Creative Thinking      7. McFee
3. Taylor                                               8. Konteks budaya dan komuniti
4. Kreatif dan inovatif                             9. Rogers
5. Lowenfeld                                          10. Teori terapi


Penilaian Kendiri
1.       Apakah ujian yang digunakan oleh Torrance untuk mengukur tahap kreativiti kanak-kanak?
2.       Senaraikan sembilan bidang yang diperkenalkan oleh Taylor untuk membentuk kanak-kanak yang kreatif dan inovatif.
3.       Bezakan makna naluri dan keinginan yang dijelaskan oleh Lowenfeld.
4.       Apakah yang ditekankan oleh McFee dalam bidang pendidikan seni?
5.       Nyatakan lima faktor penting dalam teori terapi Rogers.


RUJUKAN

Bate, J.K. (2000). Becoming an Art Teacher. United Kingdom:  Wadsworth Thomson Learning.
Eva. L. Essa.  (2003).  Introduction to Early Childhood Education.  Canada: Delmar Learning.
Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson Delmar Learning.
Mohd. Azhar Abd. Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Schirrmacher, R. & Fox, J.E. (2009). Art and Creative Development for Young Children. 6th Edition. New York: Thomson Delmar Learning.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

  1. Torrence Test of Creative Thinking untuk menguji tahap kreativiti seseorang kanak-kanak.

  1. Sembilan jenis bidang untuk membentuk kanak-kanak yang kreatif dan inovatif merangkumi pemikiran kreatif dan bernas untuk mendapat sesuatu idea, mengimplementasikan idea, kemahiran merancang, kemahiran meramal, membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran sosial, peluang yang menyerlah dan pencapaian akademik yang baik.
  
  1. Naluri yang dimiliki kanak-kanak sejak mereka lahir merupakan faktor utama bagi mereka berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Keinginan pula merupakan kebolehan kanak-kanak mengaplikasi bahan seni dengan cara membuat eksperimen dan menerokai sesuatu dalam proses aktiviti seni.

  1. McFee menekankan seni seharusnya mengambil kira konteks budaya serta elemen orientasi komuniti.

  1. Lima faktor dalam teori terapi Rogers ialah (i) keterbukaan kepada pengalaman, (ii) cuba menikmati kehidupan yang dialami, (iii) menghargai diri sendiri, (iv) mengamalkan kebebasan dan (v) menjadi individu yang kreatif untuk melahirkan individu yang sihat, bebas dan bertangguh jawab serta dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan.



No comments:

Post a Comment